Selain manis dan menyegarkan, buah tembikai mempunyai manfaat yang
baik untuk kesihatan tubuh. Beikut antara khasiat buah tembikai;
1. Cegah penyakit jantung dan kanser prostat
Buah tembikai memiliki banyak kandungan lycopene, antioksidan pada
tanaman yang terkenal mampu melawan penyakit jantung dan kanser
prostat.
2. Mencegah penuaan
Buah tembikai merupakan sumber makanan yang kaya akan likopen, vitamin C
dan vitamin A. Semua nutrien ini dapat mengurangkan paparan radikal bebas yang menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik hitam
pada kulit.
Kandungan antioksidan dalam buah tembikai juga mengurangkan
radikal bebas dalam tubuh dan mencegah semua tanda-tanda
penuaan kulit.