Subscribe Us

Petua Cantik


Meski zaman sudah berubah, namun ada kalanya petua orang lama masih boleh diguna pakai.  Antaranya adalah petua berkaitan kecantikan seperti bagaimana untuk menghilangkan perut buncit, petua menghilangkan parut pada wajah atau petua untuk mengatasi masalah kulit kering.


Berikut beberapa petua orang lama yang masih amat berkesan untuk diamalkan.



Petua Hilangkan Parut

Parut amat ditakuti terutamanya pada bahagian muka kerana susah hilang.  Ambil segenggam daun pegaga bersama akarnya sekali.  Kisar lumat dan campurkan dengan sedikit tepung beras.  


Setelah digaul sebati, lumurkan ia pada bahagian berparut dan biarkan semalaman.  Keesokan paginya barulah dibilas dengan air bersih. Petua ini boleh diamalkan pada bila-bila masa dan sekerap mungkin dan jika betul caranya, parut akan menghilang sedikit demi sedikit.


Petua Kempiskan Perut

Bertubuh kecil dan kurus tidak semestinya terkecuali daripada masalah perut buncit. Untuk mengatasi masalah perut buncit, caranya adalah amat mudah.


Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campurkan dengan kapur sirih dan gaulkan hingga sebati.  Setelah itu lumurkan rata pada perut dan balut dengan kain bengkung.  Amalkan petua ini setiap malam sebelum masuk tidur.


Petua Lembabkan Wajah

Cuaca yang panas mudah membuatkan kulit menjadi kering. Kisar kubis dan dapatkan airnya. Kemudian campurkan sedikit madu lebah dan kacau hingga sebati.  Sapukan pada keseluruhan muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Setelah itu barula dibilas dengan air bersih. [sumber: majalah keluarga]

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
good info..tapi org skang malas dah nak pakai petua org dulu2..semua nak senang jer..tul tak??
Tanpa Nama berkata…
Saya insya Allah akan sampaikan petua ni pada pelajar saya. Terima kasih orang muo. Assalamualaikum.
azman berkata…
takpelah ada parut nampak garang sikit.. hehehe
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum,

Tambah pengunjung ke blog atau lama web anda dengan bertukar laman web di

Produk Muslim Ads Network

Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...

Terima kasih