Subscribe Us

5 Cara Hentikan Bayi Menangis

Untuk menenangkan bayi ketika menangis bukan perkara yang mudah. Seringkali ibu beranggapan bahawa bayi menangis hanya disebabkan kelaparan lalu diberinya susu tetapi belum tentu dapat menenangkan bayi.

Seperti dikutip dari laman Dailymail, Vivienne Rogan, salah seorang penenang bayi yang berkelayakan di Britain mengutarakan teknik menenangkan bayi dengan mudah dan cepat.
Vivienne mengaku dengan 5 cara berikut, bayi akan lebih tenang hanya dalam beberapa minit.

1. Membedung bayi
Bedung bayi yang baru lahir.  "Bayi yang terbungkus kain itu akan tidur lebih lama pada malam hari. Metode ini bekerja dengan mereplikasi sebagaimana bayi begitu nyaman meringkuk ketika berada di dalam rahim ibunya. Ibu harus perhatikan selalu bayinya dan pastikan bayi tidak kepanasan dan juga lepaskan bedung jika tidur bayi tidak diam," kata Vivienne.

2. Miringkan bayi

3. Buat suara seperti sshh
"Suara seperti 'ssh' ini adalah kunci ketenangan bayi. Percayalah, bayi sudah lama tinggal di dalam rahim ibu.  Jika ibu menggunakan cara ini, bayi akan merasa lebih tenang kerana mendengar suara tubuh ibunya," ujar Vivienne.

4. Ayunkan perlahan
Ketika bayi mula meragam dan sukar dipujuk, cubalah mengayunkan bayi secara perlahan-lahan. Mungkin bayi kepanasan.

5. Berikan susu

Catat Ulasan

0 Ulasan