Subscribe Us

Bilik Tidur Harum Membantu Kualiti Tidur

Jangan biarkan bilik tidur anda beraroma tidak sedap, kerana aroma pada bilik tidur ternyata mempengaruhi kualiti tidur.

Menurut hasil kajian dan penelitian yang dilakukan oleh National Sleep Foundation's (NSF), sebahagian besar responden di Amerika Serikat, Kanada, Mexsico, Inggris, Jerman dan Jepun mengaku merasa tidur lebih santai jika bilik tidur harum.

"Penelitian telah menunjukkan bahawa aroma memainkan peranan yang kuat dalam relaksasi dan memori, aroma wangi membuat tidur lebih baik" kata CEO dari NSF, David Cloud, dikutip dari Huffingtonpost.

Berdasarkan penyelidikan tahun 2005, aroma kamar tidur menggunakan haruman lavender dan melati dapat membantu tidur lebih nyenyak.
Selain itu Wall Street Journal mendapati lavender membantu penderita insomnia untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik.

Dalam sebuah penelitian di Jerman mengatakan haruman melati amat efektif untuk mengurangkan gangguan perasaan cemas dan membuat saraf kepala menjadi rilek.  Kamar tidur yang berbau tidak sedap seperti bau badan, bau haiwan peliharaan, udara pengap, atau bau masakan akan mengganggu tidur.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Unknown berkata…
buh bau lavender mesti nyenyak tido..
Zailisyam Asri berkata…
bilik harum tiurpu nyenyak