Subscribe Us

Pisang, Buah Yang Superb Dan Luar Biasa


Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan fiber. Pisang memberikan rangsangan tenaga segera yang amat tinggi , dan berterusan.


Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dengan dua biji pisang sudah cukup membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.



Sumber tenaga bukanlah satu-satunya cara pisang boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan kondisi, menjadikannya satu kemestian untuk menambah diet harian kepada kita.


Kemurungan 
Menurut kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit mengalami maalah  tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, sejenis protein yang bertukar kepada serotonin, yang diketahui untuk membuat anda tenang, meningkatkan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


PMS
Lupakan pil-pil, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.


Anemia
Pisang mengndungi tinggi  zat besi, boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah
Buah tropikal unik ini sangat tinggi kalium tetapi rendah garam, menjadikannya sempurna untuk menghalang tekanan darah sehinggakan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat baru sahaja memberi kebenaran kepada  industri pisang membuat tuntutan hak rasmi tentang kelebihan buah pisang berupaya mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.


Brain Power
200 pelajar di sebuah sekolah Twickenham (England), mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kuasa otak mereka semasa peperiksaan dijalankan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa buah ini boleh membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar lebih peka.


Sembelit
Kandungan gentian tinggi, menjadikan pisang sebagai diet untuk membantu memulihkan usus kembali normaltanpa menggunakan julap.


Keletihan
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman jus pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu ia dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula melegakan dan menghidrat semula sistem perut anda.


Heartburn
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih hulu hati, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Gigitan Nyamuk
Untuk menghilangkan sakit gigitan nyamuk, cuba sapukan pada kawasan yang terlibat dengan bahagian dalam kulit pisang. Ramai orang yang telah berjaya untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan.


Saraf
Pisang adalah tinggi dalam vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.
Obesiti dan Tekanan Kerja? Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan ringan seperti coklat dan chips. 


Berdasarkan kajian, mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah makanan yang disebabkan oleh panik, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mengekalkan kadar gula yang stabil.


Ulser
Pisang digunakan sebagai makanan diet terhadap gangguan usus kerana ia bersifat lembut.   Ia juga meneutralkan asid yang berlebihan  dan mengurangkan kerengsaan salutan lapisan perut.


Kawalan Suhu
Ramai yang melihat pisang sebagai buah 'penyejukan' yang dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand, sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali  protein, dua kali karbohidrat, 3 kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lainIa juga kaya dengan kalium dan termasuk dalam senarai antara makanan terbaik.


Justeru, selepas anda selesai membaca, mungkin inilah masa untuk menukar tanggapan tentang pisang;  “Sehari sebiji pisang akan menjauhkan anda daripad doktor”. [dailymail]

Catat Ulasan

0 Ulasan